<$BlogDateHeaderDate$>
Lucutkan Jawatan Mukhriz Dalam UMNO
Datuk Mokhzani Mahathir yang secara rasminya menyatakan bahawa beliau turut menjejaki saranan bapa beliau, Tun Dr. Mahathir Mohammed untuk keluar daripada parti UMNO cukup menjelaskan bahawa keluarga ini benar-benar sudah lupa daratan dan tiada semangat perjuangan. Sungguhpun Mukhriz masih lagi bersama dengan UMNO, namun kewujudan beliau bukanlah mahu memberikan khidmat yang jujur demi perjuangan parti, tetapi punya agenda yang tersendiri demi diri sendiri dan ahli keluarganya sahaja. Ini jelas terbukti apabila beliau kerap kali mengelak daripada bertemu dengan wartawan yang seringkali mengejar beliau untuk bertanyakan pendapat dan pendirian beliau berkenaan isu terbabit. Segala kecelaruan yang membabitkan nama UMNO dan kekecohan yang timbul selama ini adalah berpunca daripada perasaan tidak puas hati Tun terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tun yang mahukan corak pentadbirannya dikekalkan miskipun tunggak kepimpinan telah diserahkan kepada Pak Lah adalah mustahil untuk dilakukan. Ini kerana berlainan pemimpin, berlainanlah corak pentadbiran yang akan dilakukan. Dan semestinya penambahbaikan akan dilakukan sekiranya pentadbiran dahulu tidak berapa sempurna. Tun yang banyak membabitkan nama Khairy yang kononnya banyak masuk campur urusan kerajaan dan parti, tidak wajar untuk berkata demikian. Ini kerana Mukhriz, Mokhzani dan Marina sendiri banyak menempa nama samada dalam bidang politik atau korporat semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Mokhzani telah menempa nama sebagai antara 30 orang terkaya di Malaysia dan merupakan pengarah Litar Antarabangsa Sepang, manakala Mukhriz sendiri mempunyai perniagaan sendiri antaranya Opcom Holdings, Kosmo Tech dan beliau juga Pengarah Eksekutif Perdana Peace Global Organisation. Apabila Tun dan kemudian Mokhzani keluar UMNO, sewajarnya Mukhriz turut mengikut jekak langkah mereka. Mukhriz boleh dianggap derhaka kepada parti dan tidak layak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti UMNO. Janji dan kata-kata semangat yang ditabur oleh Mukhriz sebelum pilihanraya hanya mahu mengkaburi mata para pengundi kawasan beliau yang menyangka anak muda itu benar-benar berjuang demi kepentingan UMNO dan BN. Hakikat sebenarnya adalah sebaliknya. Kesetiaan pengundi tidak harus dikecewakan dengan adanya pemimpin sebegini. Siapa Mukhriz ni... apa pangkat dia nak suruh Pak Lah letak jawatan? Apa jasa Mukhriz selama ini pada parti UMNO. Muhkriz ibarat seekor tikus yang merosakkan padi..Jika tidak diracun, padi akan rosak, kerugian pasti dirasai. Jelas sekali, Muhkriz bukanlah seorang pemimpin yang bertanggungjawab terhadap parti dalam membela nasib orang-orang melayu, tetapi Muhkriz adalah seorang Ahli Parlimen untuk jajahan Mahazalim yang menjadi mentor dalam arena politik beliau.Sifat begini tidak diperlukan didalam UMNO, Muhkriz wajarlah berundur atau UMNO sendiri perlu menolak orang sebegini. UMNO tidak memerlukan pemimpin sebegini, jika UMNO masih memelihara tikus tanpa disekat kemaraannya, maka tidak mustahil padi akan rosak seluruhnya.Kepada pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan UMNO. Pecat sahaja Mukhriz daripada UM |
posted by Mc Ganz at 7:36 PM
