
Melayu sememangnya terkenal dengan sikap panas baran dan rela mati kerana mempertahankan Sultan. Terkenal dengan slogan "takkan Melayu hilang didunia" laungan Laksamana Hang Tuah, Melayu terus mengungguli empayar kepualaun Melayu. .
Lagenda Hang Tuah rela menusukkan keris taming sari kebadan teman setianya Hang Jebat, terus menjadi epik yang paling hebat didalam sejarah Melayu. Namun hari ini kehebatan itu tercabar dan diperlekehkan.
Sudah ada individu bukan Melayu berani menidakkan titah Sultan, dan sudah ada individu bukan Melayu yang berani mencabar kesucian dan kedaulatan Sultan. Mungkin bagi setengah orang yang terlebih pandai, mungkin mereka beranggapan bahawa inilah hasil daripada perkembangan ketamudan. Kita sudah mula berinteraksi didalam masyarakat baru, ataupun lebih dikenali sebagai "civil society".
Saya hairan apa sudah jadi dengan Melayu. Dimana hilangnya semangat kepahlawanan darah panglima melayu? Sehinggakan kita sekadar hanya mampu melihat penghinaa demi penghinaan dilemparkan kepada institusi beraja Melayu. Hari ini kita melihat kelantangan seorang chauvinis DAP yang sememangnya cukup terkenal dengan prinsip anti Melayunya. Karpal Singh hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali memohon maaf walaupun ada lebih daripada 2,000 laporan polis dibuat terhadapnya. Beliau juga mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri diatas apa jua tindakan yang diambil keatasnya.
Harus diingat bahawa ini bukanlah kali pertama Karpal Singh menghina Sultan. Beliau pernah ditampar di Selangor diatas keceluparan yang sama. Cuma hari ini saya begitu hairan, kerana belum ada mana-mana Melayu menampar, menumbuk ataupun menendang manusia ini diatas keceluparan beliau diatas tindakan yang sama. Kita mungkin boleh memahami tindakan menampar Karpal Singh bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik, tetapi saya belum nampak satu "front" ataupun gerakan Melayu yang ampuh member bagi memberi pengajaran kepada Karpal dan DAP.
Yang ada hanya beberapa kepimpinan UMNO dan NGO yang berjiwa Melayu. Walaupun ianya belum cukup untuk menggertak Karpal, tetapi ianya lebih baik jika nak dibandingkan dengan beberapa kepimpinan pembangkang yang semakin lama semakin terhakis semangat Melayunya.
Kalau Karpal ada di Thailand, sudah tentunya manusia berkerusi roda ini dikelilingi jeriji besi ataupun tidak keterlaluan sudah diletakkan dihadapan skuad penembak. Persoalannya, kenapa Malaysia tidak mampu menggubal sebuah undang-undang khas menghukum sesiapa yang menghina institusi beraja secara terbuka? Saya percaya proses ini perlu dipercepatkan. Didalam fenomena politik hari ini, Malaysia sememangnya mempunyai sebuah undang-undang yang mampu melindungi institusi raja ini daripada disentuh oleh mana-mana keparat yang mempunyai motif politik. Harus diingat bahawa akan ada beratus lagi Karpal didalam DAP yang mampu mengulangi penghinaan yang serupa.
Harapan saya adalah kepimpinan Melayu perlu bangun dan memberi pengajaran kepada DAP. Tinggalkan PAS yang sudah tergadai maruahnya itu. Karpal perlu diajar habis-habisan agar dia sedar, walaupun Hang Tuah sudah tiada tetapi anak cucu Hang Tuah masih lagi ada menjadi penjaga dan pelindung setia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.