DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI


DATUK SERI MOHD NAJIB RAZAK


DATUK SERI ONG KA TING


DATUK SERI S SAMY VELLU


DATUK SERI DR.LIM KENG YAIK


DATUK SERI RAFIDAH AZIZ


DATUK SERI SYED HAMID ALBAR


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN


DATUK ZAINUDIN MAIDIN


TAN SRI BERNARD DOMPOK


DATUK DR. FONG CHAN ONN


DATUK SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ


DATUK SERI RADZI SHEIKH AHMAD


DATUK SERI HISHAMUDDIN HUSSIEN


DATUK SERI DR. RAIS YATIM


DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL


DATUK SERI DR. JAMALUDDIN JARJIS


DATUK TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR


DATUK CHAN KONG CHOI


DATUK ZULHASNAN RAFIQUE


DATUK PETER CHIN FAH KUI


DATUK MOHD SHAFIE APDAL


DATUK MUSTAPA MOHAMED


DATUK SERI ABDUL AZIZ SHAMSUDDIN


DATUK DR ABDULLAH MOHD ZAIN


DATUK DR CHUA SOI LEK


DATUK SERI EFFENDI NORWAWI


DATUK SERI AZMI KHALID


DATUK MOHAMED KHALED NORDIN


DATUK DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI


DATUK SERI AZALINA OTHMAN SAID





May 2008





Mahathir vs Pak Lah : Satu Suratan Atau Hanya Kebe...

Dr Mahathir dakwa kesal benarkan Abdullah menyerta...

Keputusan ICJ cetuskan isu pertindihan hak kawasan...

Jangan DiCabar

Tun Keluar Parti Antara Hikmah dan Sempadan

Lucutkan Jawatan Mukhriz Dalam UMNO



My Photo
Name:
Location: Casa Almyra, Johor Baharu, Malaysia

Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah banyak kapal yang karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.






Get your own playlist at snapdrive.net!














  • Shahrir Umno
  • Menteri Belia & Sukan
  • MB Selangor
  • Agenda Selangor
  • Layar Pejuang
  • Laman Marhaen
  • Parlimen Pengerang
  • Pemuda Kepala Batas
  • UMNO Terengganu
  • Young Malaysia
  • Ganu Kita
  • Ganu Lening
  • Isu Hot
  • Tepak Bersulam
  • Norzah Kepol
  • Agenda Daily



  • Anai-Anai
  • Gman Sayung
  • Infinity War
  • Kata Hati
  • Kelate Baru
  • Kuntakinte
  • Kedai Kopi
  • Lahabau
  • Laksamana-VII
  • Penaku Menari
  • Pemuda Berani
  • Putra On9
  • Parang Tumpul
  • Pasca Merdeka
  • Siapa Nak Jawab
  • Sarung Keris
  • Suara Merdeka
  • Suara Johor
  • Warong Kopi
  • Warisan Bonda





  • <$BlogDateHeaderDate$>
    Mahathir vs Pak Lah : Satu Suratan Atau Hanya Kebetulan !!
    Mutakhir ini, heboh diperkatakan perihal perbalahan antara Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dengan pengantinya iaitu Pak Lah. Entah apa gerangannya, isu yang pada awalnya dilihat "Sekadar Dipinggiran" kini tiba-tiba menjadi kecoh, bahkan dikatakan bisa menggugat kepercayaan segenap lapisan rakyat terhadap kepimpimpinan Pak Lah dan kerajaan yang ada pada hari ini.

    Melihat kepada senario ini, kita terkadang terfikir "Apa Sudah Jadi" dengan kerajaan Barisan Nasional terutamanya Parti UMNO? Sejarah membuktikan, sememangnya bagaikan sudah tersurat akhirnya parti yang menjadikan Kuasa dan Wang sebagai landasan perjuangan mereka akhirnya akan bercakaran sesama sendiri.

    Memang tidak masuk akal langsung, pemimpin besar yang telah disanjung sekian lama oleh para pemimpin UMNO dan kerajaan sebagai "Bapa Permodenan" tiba-tiba bertindak mengkritik kepimpinan seorang pemimpin yang diberikan kuasa oleh dirinya sendiri. Inilah yang berlaku kepada Mahathir dan Pak Lah.

    Pak Lah yang dulunya pernah menentang Mahathir, akhirnya diberikan jawatan utama dalam parti UMNO dan kerajaan kini menjadi mangsa kritikan pedas bekas Perdana Menteri itu. Lantaran terlalu trauma dengan kritikan tersebut Pak Lah dilihat terlalu lemah dan tidak berupaya untuk menjawab segala kritikan yang ditimbulkan terutamanya dalam isu yang berkaitan anak menantunya sendiri iaitu Khairy Jamaluddin yang digelar "Budak Hingusan" oleh Mahathir.

    Persoalannya disini, apakah rahsia besar disebalah ucapan Mahathir yang mengatakan Pak Lah "Mungkir Janji" serta menikam beliau dari belakang? Mengapakah Mahathir bertindak sedemikian rupa, yang sebenarnya telah "Menelanjangkan" imej dan maruah UMNO serta kerajaan yang ditinggalkannya sendiri?.

    Bila dicongak dan dibuat perhitungan dengan waras, tidak mungkin manusia seperti Mahathir sanggup "Menconteng Arang Dimuka Sendiri". Apa yang dipertikaikan terhadap Pak Lah sebenarnya telah membuka "Pekong Didada" beliau sendiri. Semasa perlantikan Pak Lah, beliau sendiri menyatakan bahawa Pak Lah mempunyai imej yang bersih dan beragama. Apakah benar sokongan rakyat terhadap Pak Lah dalam pilihanraya lalu, kerana kreadibiliti beliau atau kerana penipuan dalam pilihanraya. Mahathir, insan yang terlalu berjasa kepada pembangunan di negara ini bersedia melantik Pak Lah kononnya beliau melihat Pak Lah adalah pemimpin yang paling sesuai untuk meneruskan wawasan 2020 yang telah diilhamkannya.

    Namun, sayang seribu kali sayang. Kini segalanya bagaikan sudah tersurat bahawa Kapal UMNO dan kerajaan Barisan Nasional akan karam bukan kerana dilambung ombak lautan, tetapi sebaliknya karam akibat dibocorkan dari dalam oleh nakhodanya sendiri. Inilah yang berlaku kepada parti UMNO. Kritikan dan pendedahan berani oleh Mahathir telah membuka mata kepada sekalian hamba rakyat akan kebobrokan parti itu sendiri. Mungkin parti UMNO sudah mula mereput dan akan pupus ditelan zaman selepas ini. Mungkihkan UMNO akan tercatat dalam sejarah sebagai parti terbesar yang akan lenyap dimuka bumi ini?

    Mahathir mengkritik !! Persoalannya apakah beliau benar-benar ikhlas atau "Ada Udang Disebalik Mee". Rakyat harus sedar, selama 22 tahun menjadi pemimpin besar di negara ini dosa Mahathir masih terlalu banyak kepada sekalian rakyat. Itu belum termasuk lagi dosa beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika pun benar, Mahathir mempertikaikan kepimpinan Pak Lah, begitulah juga rakyat mempertikaikan kepimpinan Mahathir dulu.

    Masih kita ingat kezaliman dan keangkuhan Mahathir akan kuasa yang dimilikinya. Hingga ada yang mengambarkan Mahathir adalah Firaun Moden "Mahafiraun" di alaf baru. Sikap beliau dan dosa terhadap rakyat sebenarnya boleh dilupakan begitu sahaja, tetapi apakah dosa beliau menghina Nabi Junjungan Besar kita Muhammad S.A.W dapat kita redha begitu sahaja. Begitu juga dosa pada Anwar ? Biarpun Anwar telah memaafkan Mahathir. Tetapi pernahkah kita mendengar Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada Anwar ?

    Lantaran itu, usahlah kita terlalu terpengaruh dengan perkembangan ini. Orang seperti Mahathir sememangnya begitu pandai bermain dengan kata-kata. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam politik. Beliau sebenarnya terlalu teruja dengan kedudukan beliau sekarang. Setelah tiada kuasa, dan suaranya tidak didengari maka barulah beliau terfikir erti sebuah demokrasi agaknya. Beliaulah yang bertanggung jawab memusnahkan demokrasi berpalimen di negara itu. Jika ingin kita huraikan satu persatu, terlalu banyak dosa Mahathir kepada rakyat. Maka tidak perlulah Mahathir ingin berlagak sebagai "Hero Melayu". Kononnya berjuang untuk membela rakyat sedangkan selama ini beliaulah yang menindas rakyat.

    Persoalan tentang pengganti beliau Pak Lah mengumpulkan hasil mahsul negara untuk keluarga kini, sememannya telah dipraktikkan oleh Mahathir dulu. Umum mengetahui siapa itu Marina, Mirzan dan Mukhriz. Pernahkah kerajaan mengarahkan anak-anak Mahathir ini mengisytiharkan harta masing-masing ? Maka "Ke Mana Tidak Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi". Inilah yang terjadi hari ini, siapapun pemimpin UMNO yang dilantik ke kedudukan seperti Pak Lah hari ini, akan memperkayakan kaum kerabat dan keturunan mereka dulu barulah memikirkan nasib rakyat. Sebab itulah laungan "Tradisi Membela Rakyat" adalah satu slogan keramat yang hanya akan bergema menjelang pilihanraya sahaja, semata-mata untuk memancing undi. Selepas pilihanraya slogan itu disimpan dalam peti besi, sebalik menjadi "Tradisi Membela Kaum Kerabat".

    Maka, sebagai pengasas tradisi ini Mahathir sepatutnya berbangga kerana Pak Lah berjaya mengamalkan serta mempraktikkan corak kepimpinan yang ditinggalkannya. Cuma bezanya Mahathir menzalimi Anwar, tetapi Pak Lah membebaskan Anwar.

    Apakah benar Pak Lah mungkir janji ? Jika benar kenapakah beliau bertindak demikian dan kenapa Mahathir terlalu melenting macam "Cacing Kepanasan". Pasti ada sesuatu kepentingan Mahathir terhadap projek-projek besar yang telah dibatalkan oleh Pak Lah agaknya. Mungkin ketika menyerahkan kuasa kepada Pak Lah dulu, semua projek-projek itu MOUnya telah ditandatangani. Dan mungkin juga sebahagian besar projek tersebut akan dimonopoli oleh syarikat-syarikat kaum kerabat dan kroni Mahathir. Maka, apabila Pak Lah membatalkan projek tersebut, bukankah itu akan dikira "Mungkir Janji" dan "Menikam Dari Belakang" kerana ia menyebabkan kroni Mahathir kerugian berbillion ringgit agaknya. Mungkin inilah penyebab yang beliau terlalu marah benar kepada Pak Lah.

    Jika nak ditutupkan mata, bahawa Mahathir sudah insaf dan baik orangnya. Jauh panggang dari api selagi beliau tidak memohon maaf secara terbuka kepada rakyat. Bahkah, beliau secara jelas menolak kepimpinan dan parti PAS serta mengatakan bahawa Islam yang dibawa oleh PAS adalah mengarut sama sekali. Apatah lagi dengan Keadilan. Malahan saranan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub agar beliau menjadi "Ketua Pembangkang" ditolak bulat-bulat dan beliau tidak mungkin akan berkerjasama dengan pembangkang. Ini yang menghairankan kita sebenarnya. Sedangkan dalam masa yang sama beliau memberikan kerjasama yang besar apabila mendedahkan isu-isu besar kerajaan yang selama ini tidak mendapat perhatian apabila didedahkan oleh wakil pembangkang di parlimen.

    Justeru itu, sama-samalah kita nantikan episod seterusnya dalam pertembungan Mahathir - Pak Lah ini. Moral daripada insiden ini ialah kembalilah ke jalan kebenaran, tegakkan Islam dan Keadilan serta jangan jadikan "Kuasa Dan Wang" sebagai senjata untuk bertindak zalim, sombong dan bongkak di bumi Allah ini. Mungkinkah perbalahan Mahathir dan Pak Lah ini sudah suratan ataupun kebetulan.
    Dr Mahathir dakwa kesal benarkan Abdullah menyertai semula Umno
    SUBANG: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau menyesal kerana membenarkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyertai semula Umno, seterusnya bertanding jawatan dalam parti. Bercakap kepada pemberita selepas pulang dari Tokyo, Jepun di sini, petang ini, beliau yang mengumumkan keluar parti 19 Mei lalu berkata, perjuangan ahli Umno sekarang lebih mengutamakan pemimpin tertentu, bukannya parti. "Saya rasa amat sedih kerana Umno sekarang pemimpin dan ahlinya sudah tidak lagi utamakan perjuangan parti, sebaliknya hanya berjuang untuk mengekalkan Abdullah Ahmad Badawi.
    <$BlogDateHeaderDate$>
    Keputusan ICJ cetuskan isu pertindihan hak kawasan antara Malaysia-Singapura
    Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda semalam yang memberikan Singapura hak ke atas Pulau Batu Puteh manakala Malaysia terhadap Terumbu Karang Tengah, berkemungkinan mencetuskan isu pertindihan hak kawasan antara kedua-dua negara itu, kata Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

    Beliau berkata isu pertindihan hak kawasan antara Malaysia dan Singapura itu timbul berikutan kedudukan Pulau Batu Puteh dan Terumbu Karang Tengah yang terlalu hampir antara satu sama lain.

    "Saya percaya kerana keputusan mahkamah sebegitu rupa sehingga berkemungkinan ada pertindihan kawasan sempena dengan kedaulatan yang telah pun diberikan kepada Malaysia terhadap Terumbu Karang Tengah dan Singapura terhadap Pulau Batu Puteh."

    "Agak menarik keputusan ICJ kerana kedua-dua pulau ini berdekatan tetapi kedaulatan berlainan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kilang bahan-bahan reka bentuk lanskap "Masiff Design" di Johor Bharu Sabtu.

    ICJ melalui pengundian 12-4 yang berpihak kepada Singapura menetapkan bahawa negara jiran itu mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh, manakala Malaysia pula melalui pengundian 15-1 diberikan hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah.

    Berdasarkan penghakiman, keputusan ICJ terhadap Pulau Batu Puteh itu dibuat merujuk surat pegawai yang mewakili setiausaha kerajaan negeri Johor pada 1953 yang dianggap mahkamah sebagai bukti menyerahkan kuasa dan kedaulatan pulau itu kepada Singapura.
    Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatin adalah milik negara di perairan mana pulau itu terletak.

    Pulau Batu Puteh sebesar separuh padang bola sepak terletak kira-kira 12.8 kilometer (km) dari Pengerang, Johor dan 64 km ke Timur Singapura. Jarak antara Terumbu Karang Tengah dengan Pulau Batu Puteh ialah 0.96 km manakala Terumbu Karang Selatin dengan Pulau Batu Puteh kira-kira 4 km.

    Bernama melaporkan Abdul Ghani berkata kini jawatankuasa teknikal yang bakal ditubuhkan oleh kedua-dua negara untuk mengkaji kesan perundangan dan melaksanakan keputusan ICJ itu perlu menyelesaikan dahulu isu pertindihan hak kawasan terbabit.

    Ditanya sama ada kerajaan perlu bertindak membesarkan Terumbu Karang Tengah melalui kaedah penambakan bagi membolehkan ia dihuni manusia, beliau berkata kerajaan negeri menyerahkan keputusan itu kepada kerajaan pusat.

    Dengan penyelesaian oleh ICJ terhadap tuntutan bertindih di tiga pulau itu, Abdul Ghani berkata selepas ini tidak timbul lagi isu berbangkit berkenaan pemilikan dan kedaulatan melibatkan pulau-pulau lain di perairan Johor, termasuk Pulau Pisang.

    "Kedaulatan dan hak milik Pulau Pisang adalah jelas, pendaftaran tanah (Pulau Pisang) itu adalah jelas hak milik Johor," katanya.

    Pulau Pisang yang terletak di perairan Pontian itu turut menempatkan sebuah rumah api yang kini diuruskan oleh pihak berkuasa Singapura.

    Di MELAKA, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berharap jawatankuasa teknikal bersama Malaysia dan Singapura dapat menentukan sempadan baru perairan dengan secepat mungkin.

    "Sempadan perairan ini penting untuk nelayan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan nama baru Jabatan Perkhidmatan Veterinar menggantikan Jabatan Perkhidmatan Haiwan di sini, hari ini.

    Menurutnya terdapat lebih 1,500 nelayan di Pengerang, Johor yang selama ini berharap untuk beroperasi di kawasan Pulau Batu Puteh, tidak kesampaian berikutan keputusan ICJ itu.
    <$BlogDateHeaderDate$>
    Jangan DiCabar

    Melayu sememangnya terkenal dengan sikap panas baran dan rela mati kerana mempertahankan Sultan. Terkenal dengan slogan "takkan Melayu hilang didunia" laungan Laksamana Hang Tuah, Melayu terus mengungguli empayar kepualaun Melayu. .

    Lagenda Hang Tuah rela menusukkan keris taming sari kebadan teman setianya Hang Jebat, terus menjadi epik yang paling hebat didalam sejarah Melayu. Namun hari ini kehebatan itu tercabar dan diperlekehkan.

    Sudah ada individu bukan Melayu berani menidakkan titah Sultan, dan sudah ada individu bukan Melayu yang berani mencabar kesucian dan kedaulatan Sultan. Mungkin bagi setengah orang yang terlebih pandai, mungkin mereka beranggapan bahawa inilah hasil daripada perkembangan ketamudan. Kita sudah mula berinteraksi didalam masyarakat baru, ataupun lebih dikenali sebagai "civil society".

    Saya hairan apa sudah jadi dengan Melayu. Dimana hilangnya semangat kepahlawanan darah panglima melayu? Sehinggakan kita sekadar hanya mampu melihat penghinaa demi penghinaan dilemparkan kepada institusi beraja Melayu. Hari ini kita melihat kelantangan seorang chauvinis DAP yang sememangnya cukup terkenal dengan prinsip anti Melayunya. Karpal Singh hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali memohon maaf walaupun ada lebih daripada 2,000 laporan polis dibuat terhadapnya. Beliau juga mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri diatas apa jua tindakan yang diambil keatasnya.

    Harus diingat bahawa ini bukanlah kali pertama Karpal Singh menghina Sultan. Beliau pernah ditampar di Selangor diatas keceluparan yang sama. Cuma hari ini saya begitu hairan, kerana belum ada mana-mana Melayu menampar, menumbuk ataupun menendang manusia ini diatas keceluparan beliau diatas tindakan yang sama. Kita mungkin boleh memahami tindakan menampar Karpal Singh bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik, tetapi saya belum nampak satu "front" ataupun gerakan Melayu yang ampuh member bagi memberi pengajaran kepada Karpal dan DAP.

    Yang ada hanya beberapa kepimpinan UMNO dan NGO yang berjiwa Melayu. Walaupun ianya belum cukup untuk menggertak Karpal, tetapi ianya lebih baik jika nak dibandingkan dengan beberapa kepimpinan pembangkang yang semakin lama semakin terhakis semangat Melayunya.
    Kalau Karpal ada di Thailand, sudah tentunya manusia berkerusi roda ini dikelilingi jeriji besi ataupun tidak keterlaluan sudah diletakkan dihadapan skuad penembak. Persoalannya, kenapa Malaysia tidak mampu menggubal sebuah undang-undang khas menghukum sesiapa yang menghina institusi beraja secara terbuka? Saya percaya proses ini perlu dipercepatkan. Didalam fenomena politik hari ini, Malaysia sememangnya mempunyai sebuah undang-undang yang mampu melindungi institusi raja ini daripada disentuh oleh mana-mana keparat yang mempunyai motif politik. Harus diingat bahawa akan ada beratus lagi Karpal didalam DAP yang mampu mengulangi penghinaan yang serupa.

    Harapan saya adalah kepimpinan Melayu perlu bangun dan memberi pengajaran kepada DAP. Tinggalkan PAS yang sudah tergadai maruahnya itu. Karpal perlu diajar habis-habisan agar dia sedar, walaupun Hang Tuah sudah tiada tetapi anak cucu Hang Tuah masih lagi ada menjadi penjaga dan pelindung setia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.
    Tun Keluar Parti Antara Hikmah dan Sempadan
    Tun tidak lagi memberikan lagi pilihan lain kepada ahli UMNO . Selagi Pak Lah tidak letak jawatan beliau akan terus berada di luar UMNO.

    Pagi ini Tun Dr Mahathir Mohamad telah pun mengumum keluar dari UMNO. Bekas Perdana Menteri itu membuat pengumuman itu di Majlis Anjuran Himpunan Melayu Kedah di Alor Star.

    Sebelum itu semasa majlis dailog dengan kira-kira 1,000 orang yang menghadirinya beliau mencadangkan Ketua-ketua UMNO cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan. Katanya ini kerana jika mereka tunggu sehingga pemilihan UMNO Disember ini Abdullah akan menang tanpa bertanding jawatan itu.

    Nyata Tun bagaikan dalam keadaan yang tertekan apabila Perdana Menteri mengarahkan penguam Negara untuk menjalankan siasatan rapi mengenai isu kes vedio Linggam dan sebelum ini di Johor, Tun juga mengesa agar ahli UMNO menyingkirkan Presiden UMNO.
    Keadaan ini telah sampai ke kemuncak di mana krisi Tun dan Pak Lah ini tidak lagi dapat dipulihi melainkan salah seorang dari mereka berundur diri. Namun apakah alasan Tun untuk menyingkirkan Pak Lah kerana Pak Lah adalah presiden parti yang dipilih oleh ahli UMNO secara sah.

    Alasan Tun untuk menyelamatkan parti tidak lagi relevan kerana usaha memulihkan parti telah dan sedang dilakukan oleh Presiden UMNO untuk mencuci najis-najis yang juga dibuat oleh Tun (Beliau mengakui akan perbuatan beliau ini). Umno kini dalam proses memperbetulkan kesilapan yang telah berlaku pada pilihanraya yang kedua belas lalu.

    BN dan UMNO sebenarnya tidak tewas dalam pilihanraya yang lalu dan BN adalah merupakan parti yang memerentah dan kekalahan di empat buah negeri adalah kerana kesilapan yang perlu di tanggung bersama oleh ahli dan pemimpin BN.

    Kita tidak dapat menghalang Tun untuk keluar dari parti dan jika ini adalah pilihan dari Tun kita terpaksa menerimanya bagi kebaikan dan keutuhan UMNO. Sepatutnya Tun telah melakukan ini dahulu lagi, Apalah guna kita mempunyai ahli parti yang sentiasa memburukkan parti dan juga pemimpin parti.

    Ramai yang berpendapat ini adalah tindakan yang tepat dan ianya juga boleh menilaikan akan sokongan ahli parti kepada Tun kerana selama ini Tun merasakan bahawa beliau mendapat sokongan dari ahli parti akar umbi dan juga pemimpin parti.Selain itu ini juga akan menyenangkan proses memngendalikan UMNO tanpa gangguan dari dalaman.

    Sebenarnya Tun telah mendapat merasakan bahawa sokongan kepada Pak Lah kian menebal saban hari dan sokongan kepada beliau agak berkurangan kebelakangan ini dan Tun juga telah merasakan bahawa Pak lah akan menang tanpa bertanding dan ini mmebuktikan bahawa Pak Lah mendapat sokongan .

    Sebenarnya Tun tidak perlu bimbang , sekiranya Pak lah tidak dapat sokongan pasti Pak Lah tidak akan menang dan silap-silap Pak Lah tidak mendapat pencalonan yang cukup.

    Tun membuat pengumuman untuk keluar parti setelah dicabar oleh salah seorang hadirin yang mencabarnya buat pengumuman terus. Menjawab soalan para wartawan dalam sidang akhbar lepas majlis itu Dr Mahathir beritahu beliau akan hantar surat rasmi keluar UMNO kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat.Katanya beliau akan masuk balik UMNO sekiranya Abdullah letak jawatan.Dr Mahathir bagaimanapun tidak meminta para ahli UMNO yang nak ikut tindakannya itu masuk parti lain.
    Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dalam reaksi segera kepada tindakan Dr Mahathir nak keluar UMNO meminta Perdana Menteri segera duduk dan berbincang dengan bekas Perdana Menteri itu.

    Beliau menilai tindakan keluar parti itu tidak wajar dan boleh mengugat kestabilan parti.Beliau juga mendesak semua para pemimpin UMNO khususnya para ahli Majlis Tertinggi bertindak segera menyelesaikan kemelut terbaru ini.Katanya mereka tidak boleh lagi diam dalam soal ini.
    Adalah lebih baik Tun berada diluar UMNO dan jangan mencampuri lagi urusan UMNO setelah Tun sendiri yang mengumumkan persaraan beliau dan mahu berehat untuk menghabiskan saki baki kehidupan bersama keluarga. Harap Tun dapat membawa Mukhriz , Fuad Zakarsi , Syed Ali , Muhiyuddin Yassin , Khir Toyo , Ruhanie Ahmad , Tengku Razaleigh Hamzah untuk keluar dari UMNO.

    Pada mulanya ramai yang menganggap tidak akan ada lagi perpecahan dalam UMNO setelah Tun bersara, rupa-rupanya andaian mereka ini semuanya salah kerana masih ada perpecahan dalam UMNO walaupun Tun telah bersara. Ini adalah merupakan perpecahan kali ke tiga semenjak era Tun bersama UMNO dan ramai yang berharap UMNO akan dapat bangun kembali selepas ini.

    Kemungkinan besar semua ahli laman web yang pro Tun akan mengikuti jejak Tun keluar dari parti dan menggugurkan slogan Kelab menyokong UMNO kerana Tun bukan lagi ahli UMNO.
    Berita sebelum ini.

    Tun minta ahli UMNO singkir Pak Lah
    Kemarahan Tun kini amat memuncak sehingga beliau dengan terus terang meminta seluruh ahli UMNO menyingkir Presiden UMNO , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyelamatkan parti itu terus musnah di satu pada forum bertajuk 'UMNO Pasca Pilihan Raya Umum 12: Suara Hati Rakyat' yang dianjurkan oleh Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar Umbi UMNO Johor di Johor Bharu tengahari Sabtu lalu.

    Beliau turut menyebut nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara nama-nama yang layak menggantikan Abdullah. Katanya, beliau tidak kisah siapa yang akan menjadi pengganti asalkan Abdullah disingkirkan segera.

    Antara ahli panel forum berkenaan ialah anak Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz, bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk A. Kadir Jasin.

    Dr. Mahathir turut diiringi oleh isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan turut hadir veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa.

    Semasa sesi soal jawab dengan para hadirin Dr Mahathir mengulangi hal sama ketika ditanya apakah langkah-langkah yang akan dilakukannya segera jika katakan beliau diberi kuasa untuk tempoh 100 hari.

    Katanya banyak yang akan dilakukan tetapi yang pertama ialah singkir Abdullah. Ditanya mengenai hasrat anaknya Mukhriz nak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Dr Mahathir berkata itu adalah haknya.

    "Dulu masa saya Perdana Menteri...saya tak bagilah,"katanya. Ditanya apakah ini bermaksud beliau merestui Mukhriz bertanding , Dr Mahathir lantas berkata," ini bukan soal restu tetapi hak dia."

    Mengenai andaian Mukhriz kelak akan hanya menjadi penyambung lidahnya menerusi jawatan itu,bekas Perdana Menteri itu secara sinis berkata semua orang patut tutup mulut.
    "Saya patut tutup mulut semua orang. Banyak orang dok bercakap semacam saya suruh Pak Lah turun jadi semua orang yang kata sedemikian adalah penyokong saya dan patut tutup mulutlah."

    Nota:
    1.Hari ini Tun kata dia tidak kesah siapa yang akan menggantikan Pak Lah tetapi apabila sudah ada pengganti beliau akan cuba menyingkirkan pengganti itu pula dan sekali lagi akan menelanjangkan UMNO dan memusnahkan UMNO. Kalau ini beliau akan berkata bahawa apa yang beliau lakukan ini juga satu kesilapan. Tetapi beliau tidak boleh membiarkan kesilapan itu berlanjutan.

    2.Krisis antara Tun dan Pak Lah ini telah menyebabkan banyak kepunahan dalam UMNO dan tindakan segera harus dilakukan, sekiranya Tun gagal menyingkir Pak Lah , Pak Lah perlu menyingkir Tun, Nak buat macam mana kalau ini yang dipinta oleh Tun dan jika ini yang sering dicabar oleh Tun.

    3.Antara ahli panel yang mengambil bahagian dalam forum berkenaan adalah bekas YB Parit Sulung Datuk Ruhanie Ahmad yang merupakan seorang bekas wakil rakyat yang kecewa kerana tidak dapat bertanding di Parlimen berkenaan pada tahun 2004 dan seterusnya 2008. Kadir Jasin bekas pengarang NST yang sememangnya kita ketahui kecewa dengan Pak Lah kerana kehendak perniagaannya tidak dipenuhi.

    4.Langsung tidak ada nampak akan perubahan Tun untuk memperbaiki UMNO melainkan untuk menyingkirkan Perdana Menteri, apakah bila Pak Lah disingkir UMNO pasti dan Tun pasti BN dan UMNO akan menang besar kembali.

    5. Forum yang dianjurkan oleh sebuah laman web pro ini yang bertopengkan Pasca UMNO adalah lebih baik ditukarkan kepada Forum desakan Pak Lah berundur dan lantik Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO kerana ini lah matlamat forum ini yang sebenar.
    Lucutkan Jawatan Mukhriz Dalam UMNO
    Datuk Mokhzani Mahathir yang secara rasminya menyatakan bahawa beliau turut menjejaki saranan bapa beliau, Tun Dr. Mahathir Mohammed untuk keluar daripada parti UMNO cukup menjelaskan bahawa keluarga ini benar-benar sudah lupa daratan dan tiada semangat perjuangan.

    Sungguhpun Mukhriz masih lagi bersama dengan UMNO, namun kewujudan beliau bukanlah mahu memberikan khidmat yang jujur demi perjuangan parti, tetapi punya agenda yang tersendiri demi diri sendiri dan ahli keluarganya sahaja.

    Ini jelas terbukti apabila beliau kerap kali mengelak daripada bertemu dengan wartawan yang seringkali mengejar beliau untuk bertanyakan pendapat dan pendirian beliau berkenaan isu terbabit.

    Segala kecelaruan yang membabitkan nama UMNO dan kekecohan yang timbul selama ini adalah berpunca daripada perasaan tidak puas hati Tun terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tun yang mahukan corak pentadbirannya dikekalkan miskipun tunggak kepimpinan telah diserahkan kepada Pak Lah adalah mustahil untuk dilakukan.

    Ini kerana berlainan pemimpin, berlainanlah corak pentadbiran yang akan dilakukan. Dan semestinya penambahbaikan akan dilakukan sekiranya pentadbiran dahulu tidak berapa sempurna. Tun yang banyak membabitkan nama Khairy yang kononnya banyak masuk campur urusan kerajaan dan parti, tidak wajar untuk berkata demikian.

    Ini kerana Mukhriz, Mokhzani dan Marina sendiri banyak menempa nama samada dalam bidang politik atau korporat semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Mokhzani telah menempa nama sebagai antara 30 orang terkaya di Malaysia dan merupakan pengarah Litar Antarabangsa Sepang, manakala Mukhriz sendiri mempunyai perniagaan sendiri antaranya Opcom Holdings, Kosmo Tech dan beliau juga Pengarah Eksekutif Perdana Peace Global Organisation.

    Apabila Tun dan kemudian Mokhzani keluar UMNO, sewajarnya Mukhriz turut mengikut jekak langkah mereka. Mukhriz boleh dianggap derhaka kepada parti dan tidak layak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti UMNO.

    Janji dan kata-kata semangat yang ditabur oleh Mukhriz sebelum pilihanraya hanya mahu mengkaburi mata para pengundi kawasan beliau yang menyangka anak muda itu benar-benar berjuang demi kepentingan UMNO dan BN.

    Hakikat sebenarnya adalah sebaliknya. Kesetiaan pengundi tidak harus dikecewakan dengan adanya pemimpin sebegini. Siapa Mukhriz ni... apa pangkat dia nak suruh Pak Lah letak jawatan? Apa jasa Mukhriz selama ini pada parti UMNO.

    Muhkriz ibarat seekor tikus yang merosakkan padi..Jika tidak diracun, padi akan rosak, kerugian pasti dirasai. Jelas sekali, Muhkriz bukanlah seorang pemimpin yang bertanggungjawab terhadap parti dalam membela nasib orang-orang melayu, tetapi Muhkriz adalah seorang Ahli Parlimen untuk jajahan Mahazalim yang menjadi mentor dalam arena politik beliau.Sifat begini tidak diperlukan didalam UMNO, Muhkriz wajarlah berundur atau UMNO sendiri perlu menolak orang sebegini.

    UMNO tidak memerlukan pemimpin sebegini, jika UMNO masih memelihara tikus tanpa disekat kemaraannya, maka tidak mustahil padi akan rosak seluruhnya.Kepada pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan UMNO. Pecat sahaja Mukhriz daripada UM